ADN

Sidang dewan dijangka padat, berlangsung dua minggu mulai esok

14 Nov 2024, 4:00 AM
Sidang dewan dijangka padat, berlangsung dua minggu mulai esok
Sidang dewan dijangka padat, berlangsung dua minggu mulai esok

Oleh Dewi Abdul Rahman

SHAH ALAM, 14 NOV: Persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) bermula esok dijangka lebih padat, berikutan ia bersekali dengan pembentangan belanjawan 2025.

Speaker Lau Weng San berkata sidang yang dijadual berlangsung selama dua minggu turut menghimpunkan 854 soalan lisan dan bertulis daripada Ahli Dewan Negeri (ADN).

"Sidang dewan ini merupakan sidang yang sangat penting kerana semua tahu dewan bersidang sebanyak tiga kali setahun, yang terakhir adalah sidang dewan belanjawan ini.

"Saya difahamkan akan ada juga pembentangan perbekalan tambahan, secara tidak langsung menunjukkan sidang dewan kali ini sangat padat," katanya dalam program Apa Cer YB di TikTok, baru-baru ini.

[caption id="attachment_667472" align="alignright" width="410"] Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Lau Weng San bercakap dalam sidang media selepas sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) berhubung program Skim Insurans Am Selangor (INSAN) di Wisma Dewan Negeri Selangor pada 10 Oktober 2024. FOTO HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Belanjawan negeri tahun depan bakal menumpukan beberapa teras seperti kecerdasan buatan (AI) dan pendidikan, infrastruktur dan alam sekitar, kebajikan, tadbir urus dan ekonomi kreatif.

Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung pembentangan Belanjawan Selangor 2025 oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di semua platform Media Selangor esok.

Berlangsung di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor (DNS) bermula jam 3 petang, laporan berita boleh diikuti melalui portal selangorkini.my, Selangor Journal, Selangorkini Mandarin dan Selangorkini Tamil.

Siaran langsung pula boleh ditonton menerusi pautan https://selangortv.my/ dan media sosial seperti Facebook MediaSelangor, Instagram, X, Telegram, TikTok selain platform MYTV.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619