AGENDA

Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam serangan udara Israel di Lubnan

10 Nov 2024, 3:20 PM
Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam serangan udara Israel di Lubnan

KAHERAH, 10 NOV: Seramai 30 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di beberapa kawasan di Lubnan, lapor Kementerian Kesihatan Lubnan pada Ahad, menurut dpa.

Jumlah korban tertinggi dicatatkan di bandar Aalamat di Jbeil, utara Beirut.

Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, sekurang-kurangnya 23 orang, termasuk tujuh kanak-kanak terkorban selepas serangan Israel pada Ahad mengenai sebuah rumah di situ.

Kementerian itu berkata jumlah korban dijangka meningkat kerana bahagian badan orang lain telah ditemukan dari lokasi itu untuk tujuan pengecaman.

Rumah yang diserang itu menempatkan 35 orang yang kehilangan tempat tinggal, menurut stesen televisyen Lubnan, al-Jadeed.

Dalam kejadian berasingan di Lubnan, serangan udara Israel turut menyasarkan sebuah pusat kesihatan di bandar Adloun di Sidon, selatan Lubnan, mengakibatkan tiga anggota paramedik terkorban, kata Kementerian Kesihatan.

Kementerian itu menambah bahawa empat orang lagi terkorban dalam serangan udara Israel yang dilancarkan pada Sabtu di kawasan Western Beqaa di timur Lubnan.

- BERNAMA-dpa

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619