AGENDA

Polis siasat kes mahasiswa UPNM dipijak hingga cedera parah

10 Nov 2024, 1:33 PM
Polis siasat kes mahasiswa UPNM dipijak hingga cedera parah

KUALA LUMPUR, 10 NOV: Polis sedang menyiasat kejadian membabitkan seorang mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang disyaki dipijak sehingga cedera parah di rusuk dan belakang badan oleh seorang penuntut senior tahun tiga universiti berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata mangsa berusia 19 tahun mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat kejadian itu dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Beliau berkata kejadian dilaporkan berlaku 10.45 malam, 21 Okt dengan mangsa ketika itu berada di tepi padang kawad setelah selesai panggil nama di universiti berkenaan dan polis hanya menerima laporan mengenainya pada 8.40 malam, 8 Nov.

“Kes masih di peringkat siasatan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan dilengkapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rusdi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, tular di laman sosial X apabila seorang wanita mempersoalkan kewajaran tindakan mahasiswa UPNM yang didakwa membuli selain mendakwa adik saudaranya dipijak hingga patah tulang rusuk.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619