BERITA UTAMA

Shah Alam bakal miliki lebih banyak tarikan, rancak sektor pelancongan

10 Nov 2024, 10:49 AM
Shah Alam bakal miliki lebih banyak tarikan, rancak sektor pelancongan
Shah Alam bakal miliki lebih banyak tarikan, rancak sektor pelancongan

SHAH ALAM, 10 NOV: Bandar raya ini bakal memiliki lebih banyak kawasan tumpuan mulai tahun depan selepas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melancarkan pelan tindakan pelancongan.

Pengarah pembangunan komuniti MBSA berkata pihaknya sedang menunggu laporan penuh pelan terbabit yang disediakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) selepas institusi pengajian itu melaksanakan kajian bulan lalu.

“UiTM menerusi Fakulti Hotel dan Pelancongan membuat perbincangan kumpulan bersasar membabitkan pelbagai agensi sektor awam dan swasta selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Semua terlibat mencadangkan pelbagai idea bagi merancakkan aktiviti pelancongan di sini. Matlamatnya mahu mengeluarkan produk pelancongan baharu di samping menambah baik yang sedia ada,” katanya.

Ditemui pada program Hari Tanpa Kenderaan di Dataran Kemerdekaan hari ini, Shahrin berkata laporan berkenaan dijangka diterima hujung tahun ini.

“UiTM sedang mengkaji segala pandangan sebelum merangka dasar dan pelan terbabit. Kita yakin usaha ini turut membantu Kerajaan Negeri menjayakan Tahun Melawat Selangor 2025 (TSM2025),” katanya.

Bulan lalu, perbincangan kumpulan di samping kajian penilaian dan pemprofilan destinasi pelancongan Shah Alam yang berlangsung sehari disertai kira-kira 100 peserta.

Sempena TMS2025, Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai kerja termasuk pengiklanan, digital dan media sosial, penganjuran acara pelancongan, jerayawara dan pameran bagi tujuan promosi.

TMS2025 yang menawarkan lebih 60 program sepanjang tahun depan dijangka menarik lapan juta pelancong domestik dan antarabangsa dengan sasaran kutipan resit RM11.7 bilion.

[caption id="attachment_672356" align="aligncenter" width="1150"] Timbalan Datuk Bandar Shah Alam Madiyan Baweh melakukan gimik pelepasan peserta larian program Shah Alam hari tanpa kenderaan anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 10 November 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619