AGENDA

12 paramedik, sukarelawan terbunuh dalam serangan udara Israel di Selatan Lubnan

10 Nov 2024, 3:31 AM
12 paramedik, sukarelawan terbunuh dalam serangan udara Israel di Selatan Lubnan

BEIRUT, 10 NOV: Serangan udara Israel ke atas beberapa bandar di daerah Tyre, selatan Lubnan pada Sabtu mengorbankan 12 paramedik dan sukarelawan pertahanan awam manakala tiga yang lain cedera, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan Lubnan.

Menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, pesawat tempur menyasarkan bandar Deir Qanoun Ras Al-Ain di daerah Tyre, menyebabkan enam anggota Pengakap Islam iaitu sukarelawan yang terlibat dalam operasi perubatan kecemasan dan pertahanan awam -- serta seorang paramedik daripada Persatuan Kesihatan Islam, terkorban.

Serangan di Deir Qanoun Ras Al-Ain turut mengakibatkan seorang orang awam terbunuh dan 12 lagi cedera.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa serangan udara di bandar Ain Baal di Tyre mencederakan tiga anggota Pengakap Islam.

Seramai lima lagi anggotanya dilaporkan terbunuh dalam serangan udara di bandar Hanouiyeh di Tyre, menurut Agensi Berita Nasional Lubnan.

Kementerian mengutuk tindakan Israel yang terus menyasarkan paramedik dan disifatkan sebagai “jenayah perang berterusan yang tidak dihalang oleh komuniti antarabangsa yang bertanggungjawab menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa bagi mencegah keganasan dan pembunuhan beramai-ramai.”

Kementerian Kesihatan juga melaporkan serangan udara Israel di kejiranan Al-Midan di Nabatieh mengakibatkan 12 orang cedera.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619