AGENDA

WHO: Krisis semakin memuncak di utara Gaza, kebuluran hampir berlaku

10 Nov 2024, 1:25 AM
WHO: Krisis semakin memuncak di utara Gaza, kebuluran hampir berlaku

ISTANBUL, 10 NOV: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu memberi amaran mengenai krisis yang semakin memuncak di utara Gaza, dengan menyatakan bahawa kebuluran akan berlaku di wilayah itu, lapor Agensi Anadolu.

“Sangat membimbangkan,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus di X, merujuk kepada penemuan baharu daripada Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC).

Data itu katanya menunjukkan bahawa "terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza."

“Kami menyeru agar peningkatan segera dan akses selamat untuk bantuan kemanusiaan — terutamanya makanan dan ubat-ubatan untuk kekurangan zat makanan yang teruk — dalam masa beberapa hari bukan minggu.”

Meskipun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menggesa gencatan senjata segera, Israel terus melancarkan serangan kejam di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023.

Serangan Israel telah meragut nyawa 43,550 rakyat Palestin dan mencederakan 102,700 yang lain, menyebabkan hampir seluruh penduduk wilayah itu kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah sekatan yang berterusan, menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk.

Usaha pengantaraan yang diketuai Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar untuk mencapai gencatan senjata dan pertukaran tawanan antara Israel dan Hamas telah gagal disebabkan keengganan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk menghentikan serangan.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa atas tindakannya di Gaza.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619