AGENDA

Israel lancar serangan udara di utara Syria

9 Nov 2024, 6:50 AM
Israel lancar serangan udara di utara Syria

ANKARA, 9 NOV: Tentera Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kedudukan tentera di utara Syria, termasuk di Aleppo dan Idlib, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita rasmi Syria (SANA).

SANA melaporkan bahawa serangan berlaku sekitar 12.45 pagi waktu tempatan (2145GMT), dengan beberapa lokasi di kawasan luar bandar Idlib dan Aleppo diserang oleh pasukan Israel.

Sumber tentera Syria memaklumkan bahawa daerah Sfireh di Aleppo turut menjadi sasaran, dengan laporan kerosakan dan beberapa askar cedera.

Meskipun tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Israel mengenai serangan ini, operasi ketenteraan Israel di Syria berlanjutan sejak perang saudara meletus pada 2011.

Israel kerap menyasarkan kumpulan yang disokong Iran dan posisi ketenteraan Syria.

Serangan udara terbaru ini menyerlahkan ketegangan serantau yang berterusan serta tindakan ketenteraan Israel yang berlanjutan di Lubnan dan Syria.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619