AGENDA

Israel serang Lubnan, lebih 60 orang maut, cedera

7 Nov 2024, 12:30 AM
Israel serang Lubnan, lebih 60 orang maut, cedera

BEIRUT, 7 NOV: Sekurang-kurangnya 30 orang terkorban dan 35 lagi cedera dalam serangan Israel di Wilayah Baalbek-Hermel, Lubnan pada Rabu, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik gabenor wilayah itu, Bashir Khodr.

Menurut laporan tempatan, tujuh orang terbunuh apabila serangan udara melanda Bandar Al-Ein, berhampiran Baalbek di Lembah Bekaa.

Serangan turut menyasarkan Daerah Dahieh di Beirut, menyebabkan kerosakan besar kepada bangunan, infrastruktur, dan kemudahan awam, dengan kawasan seperti Haret Hreik, Jalan Lapangan Terbang, dan Kejiranan Amerika antara yang paling teruk terjejas.

Selain itu, serangan pesawat tempur dan bedilan artileri Israel turut mengenai beberapa bandar dan pekan di seluruh selatan Lubnan dan Lembah Bekaa, termasuk Baalbek, Nabatieh, dan Hermel, serta pekan-pekan kecil seperti Deir Seryan, Boudai, Ansar, dan Taria.

Wilayah lain di selatan dan timur Lubnan juga mengalami serangan, dengan bandar-bandar seperti Kafr Rumman, Shuqra, dan Bent Jbeil mengalami kerosakan besar ketika serangan udara terus berlanjutan di seluruh negara.

-- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619