BERITA UTAMA

Selangor bawa usahawan Sidec ke Jepun, beri pendedahan peluang niaga

5 Nov 2024, 12:00 PM
Selangor bawa usahawan Sidec ke Jepun, beri pendedahan peluang niaga
Selangor bawa usahawan Sidec ke Jepun, beri pendedahan peluang niaga

SHAH ALAM, 5 NOV: Kerajaan Negeri membawa usahawan terpilih ke ekspo Malaysia Fair di Tokyo, Jepun, bagi memberi pendedahan dan peluang perniagaan di peringkat antarabangsa.

EXCO Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata peserta terdiri daripada usahawan bawah Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) turut menjalankan kajian pasaran pada program berkenaan.

“Tujuan lawatan adalah untuk membuka ruang kepada usahawan dari Selangor meneroka peluang perniagaan di pasaran antarabangsa dan dalam masa yang sama melakukan penyelidikan dan analisis pasaran.

“Hasrat kami adalah untuk menjadikan syarikat yang terlibat sebagai contoh kepada syarikat-syarikat lain dalam memajukan perniagaan dan membina rangkaian perniagaan di peringkat antarabangsa,” katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_671582" align="aligncenter" width="679"] EXCO Pertanian Ir Izham Hashim menyertai delegasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ke ekspo Malaysia Fair di Tokyo, Jepun. Sebanyak enam syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Selangor dibawa menyertai ekspo tahunan berkenaan. Foto Facebook FAMA Malaysia.[/caption]

Ekspo Malaysia Fair yang berlangsung 2 hingga 3 November anjuran Kedutaan Malaysia di Jepun merupakan medium bagi mempromosi keunikan budaya dan warisan Malaysia kepada masyarakat negara itu.

Sementara itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memaklumkan, sebanyak enam syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Selangor dibawa menyertai ekspo tahunan berkenaan.

Menurutnya, usaha itu merupakan langkah berterusan FAMA membantu usahawan agromakanan memperluas pasaran ke peringkat global serta membuka peluang pasaran alternatif.

“Ini adalah salah satu inisiatif untuk mempromosikan produk keluaran Malaysia serta meningkatkan nilai dagangan ke negara matahari terbit,” katanya menerusi Facebook.

Delegasi FAMA turut disertai EXCO Pertanian Ir Izham Hashim dan ketua pengarahnya, Abdul Rashid Bahri.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619