BERITA UTAMA

EXCO: Awasi perilaku ekstrem dalam kampus, cegah ajaran menyeleweng

5 Nov 2024, 8:00 AM
EXCO: Awasi perilaku ekstrem dalam kampus, cegah ajaran menyeleweng
EXCO: Awasi perilaku ekstrem dalam kampus, cegah ajaran menyeleweng

SHAH ALAM, 5 NOV: Penuntut universiti diminta tidak memandang remeh gejala ekstremisme di kampus sebagai langkah mengelak penyebaran fahaman menyeleweng dalam institusi pendidikan tinggi.

EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah berkata mereka juga harus tegas menegur, membanteras dan menyekat perilaku itu kerana setiap ajaran sesat biasanya bermula daripada ketaksuban dalam agama.

Mengambil contoh kesesatan pengikut al-Arqam dan GISB Holdings (GISBH), menurutnya, ia bermula daripada sikap pemujaan berlebihan terhadap pemimpin dalam mengikuti ilmu fitan (akhir zaman).

Tambahnya, ia kemudian bercambah kepada kepercayaan kemunculan semula Abuya yang akan bersama Imam Mahdi dan anak kecil menjadi buruh kononnya untuk membina kekuatan ekonomi Islam.

“Ajaran al-Qaeda dan Daesh juga bermula dengan sikap ekstrem dalam mengkafirkan pemimpin Islam yang dituduh tidak berhukum dengan hukum Allah, sehingga mereka membunuh saudara Muslim sendiri.

[caption id="attachment_671550" align="aligncenter" width="719"] EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah berucap menerusi tayangan video sempena Seminar Kefahaman Ekstremis dalam kalangan pimpinan pelajar IPTA/IPTS Selangor 2024 di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 5 November 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Anda (pelajar) harus tegas menegur, membanteras dan menyekat segala gejala seperti menuduh rakan Muslim yang menyokong fahaman politk lain sebagai tidak bersama Islam," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi rakaman video sempena majlis perasmian penutup Seminar Kefahaman Ekstremis dalam kalangan pimpinan pelajar IPTA/IPTS Selangor 2024 di sini, hari ini.

Dr Fahmi berkata pelajar juga digesa tidak membidaahkan amalan yang masih khilaf antara ulama serta mewujudkan sikap perkauman yang tidak sesuai dalam konteks negara berbilang bangsa.

Dalam pada itu, jelasnya, peranan aktif penuntut diperlukan bagi memastikan institusi pendidikan menjadi pusat penyebaran ilmu yang benar dan menolak fahaman sesat yang memudaratkan masyarakat.

“Sebagai pimpinan pelajar, tanggungjawab anda bukan sekadar menguruskan program, tetapi menjadi teladan menyebarkan kebaikan dan menolak keburukan terutama dalam menangani isu ekstremisme.

“Kerajaan Negeri konsisten memastikan rakyat tidak terpengaruh dengan menguatkuasakan undang-undang tegas serta meningkatkan kefahaman aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619