ad
BERITA UTAMA

Geran RM200,000 galak 20 penggiat industri hasil produk pelancongan lebih menarik

2 Nov 2024, 2:00 PM
Geran RM200,000 galak 20 penggiat industri hasil produk pelancongan lebih menarik
Geran RM200,000 galak 20 penggiat industri hasil produk pelancongan lebih menarik
Geran RM200,000 galak 20 penggiat industri hasil produk pelancongan lebih menarik
Geran RM200,000 galak 20 penggiat industri hasil produk pelancongan lebih menarik
Geran RM200,000 galak 20 penggiat industri hasil produk pelancongan lebih menarik

SUBANG JAYA, 2 NOV: Kerajaan Negeri meluluskan geran RM200,000 bagi mendorong penggiat industri pelancongan menonjolkan produk baharu yang lebih menarik sempena Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

EXCO Pelancongan Dato' Ng Suee Lim berkata geran yang memanfaatkan 20 penggiat industri antara lain bertujuan memastikan sektor berkenaan terus pulih dan berkembang selepas terjejas ketika pandemik Covid-19.

[caption id="attachment_671185" align="aligncenter" width="812"] EXCO Pelancongan, Ng Suee Lim bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Selangor Travel Fair 2024 dan Pra Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025 di Sunway Pyramid, Subang Jaya pada 2 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Disamping Kerajaan Negeri menganjurkan pelbagai kempen, kita juga luluskan geran untuk penggiat industri khususnya persatuan yang dapat tampilkan kelainan pada produk sekali gus mengharumkan nama Selangor," katanya ditemui selepas merasmikan Selangor Travel Fair 2024 dan pra pelancaran Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 di Sunway Pyramid di sini, hari ini.

Terdahulu, Suee Lim yang diiringi EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad melancarkan logo Tahun Melawat Selangor 2025.

Turut dilancarkan lagu khas sempena Tahun Melawat Selangor 2025 bertajuk 'Surprising Selangor' yang dinyanyikan penyanyi Aizat Amdan.

Baru-baru ini, Tourism Selangor memaklumkan Tahun Melawat Selangor 2025 dijangka menarik lapan juta pelancong domestik dan antarabangsa dengan sasaran kutipan resit RM11.7 bilion.

Untuk rekod, Survei Pelancongan Domestik Malaysia (DTS) 2023 dan Buletin DTS Bagi Suku Pertama 2024 memaklumkan Selangor mencatat pelawat domestik paling ramai dengan 27.6 juta diikuti Kuala Lumpur dan Sarawak masing-masing menerima 22.2 juta dan 17.9 juta pelawat domestik.

[caption id="attachment_671184" align="aligncenter" width="758"] Penyanyi, Aizat Amdan menyanyikan lagu rasmi tahun melawat Selangor selepas Majlis Perasmian Selangor Travel Fair 2024 dan Pra Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025 di Sunway Pyramid, Subang Jaya pada 2 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_671183" align="aligncenter" width="1054"] Orang ramai melawat ke reruai Tourism Selangor bagi mendapatkan informasi tentang kempn tahun melawat Selangor selepas Majlis Perasmian Selangor Travel Fair 2024 dan Pra Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025 di Sunway Pyramid, Subang Jaya pada 2 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.