ad
BERITA UTAMA

TMS2025: Selangor Travel Fair tawar lebih RM200,000 pakej pelancongan ekslusif

2 Nov 2024, 1:13 PM
TMS2025: Selangor Travel Fair tawar lebih RM200,000 pakej pelancongan ekslusif
TMS2025: Selangor Travel Fair tawar lebih RM200,000 pakej pelancongan ekslusif
TMS2025: Selangor Travel Fair tawar lebih RM200,000 pakej pelancongan ekslusif
TMS2025: Selangor Travel Fair tawar lebih RM200,000 pakej pelancongan ekslusif

SUBANG JAYA, 2 NOV: Selangor Travel Fair anjuran Tourism Selangor yang bermula semalam hingga esok bersempena Tahun Melawat Selangor 2025 menawarkan lebih RM200,000 nilai pakej pelancongan eksklusif.

EXCO Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dato' Ng Suee Lim berkata selain kekayaan warisan dan budaya, tarikan terbaharu kepada pelancong tempatan dan antarabangsa yang disediakan pada program itu mampu mencorakkan industri pelancongan di Malaysia.

[caption id="attachment_671185" align="aligncenter" width="779"] EXCO Pelancongan, Ng Suee Lim bercakap kepada media selepas Majlis Perasmian Selangor Travel Fair 2024 dan Pra Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025 di Sunway Pyramid, Subang Jaya pada 2 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Selangor Travel Fair yang mendapat kerjasama Journify oleh Malaysia Aviation Group serta sokongan penuh pelbagai agensi kerajaan menyasarkan kemasukan hingga lapan juta pelancong pada tahun hadapan serta mencapai perbelanjaan pelancongan mencecah RM11.7 billion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Selangor Travel Fair 2024 dan Prapelancaran Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 di Orange Concourse, Sunway Pyramid di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad, EXCO Perumahan Dan Kebudayaan merangkap Ahli Lembaga Pengarah Tourism Selangor Datuk Borhan Aman Shah dan Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Lee Thai Hung.

[caption id="attachment_671181" align="aligncenter" width="812"] EXCO Pelancongan, Ng Suee Lim (tengah), EXCO Kebudayaan, Borhan Aman Shah (dua, kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad (kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) Saiful Yazan M. Yusop (kiri) bergambar bersama selepas merasmikan Selangor Travel Fair 2024 dan Pra Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025 di Sunway Pyramid, Subang Jaya pada 2 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Suee Lim berkata kerjasama ini menyediakan pelbagai tawaran diskaun dan pakej menarik melalui lebih 20 produk pelancongan dan kerajaan negeri turut merancang lebih 100 acara bagi memeriahkan sambutan sepanjang Tahun Melawat Selangor 2025.

Antara yang menyertai Selangor Travel Fair 2024 kali ini ialah SplashMania Waterpark, Skyline Luge, Jumpstreet Asia Malaysia, Farm in the City, Eastin Hotel dan lain-lain.

Pada majlis itu turut dilancarkan logo dan lagu tema Tahun Melawat Selangor 2025 nyanyian Aizat Amdan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad berkata pelbagai pakej pelancongan dengan diskaun hingga 50 peratus ditawarkan kepada semua pengunjung sepanjang acara berkenaan.

[caption id="attachment_671199" align="aligncenter" width="808"] Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berucap ketika Majlis Perasmian Selangor Travel Fair 2024 dan Pra Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025 di Sunway Pyramid, Subang Jaya pada 2 November 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Acara Selangor Travel Fair kali ini akan menjadi platform terbaik untuk mempertingkatkan pelancongan domestik dan Selangor telah menerima jumlah pengunjung tertinggi di Malaysia untuk tiga tahun berturut- turut dengan jumlah pengunjung domestik mencecah 22 juta pada 2023.

“Kami percaya bahawa misi Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik lapan juta pelancong menjelang Tahun Melawat Selangor 2025 dapat dicapai terutamanya dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta,” katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.