AGENDA

Tapak warisan agama, budaya di Lubnan berisiko musnah akibat serangan Israel

2 Nov 2024, 12:40 AM
Tapak warisan agama, budaya di Lubnan berisiko musnah akibat serangan Israel

BEIRUT, 1 NOV: Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan pada Jumaat mengenai kesan serius operasi ketenteraan Israel terhadap orang awam di Lubnan, dengan memberi tumpuan kepada kerosakan pada tapak keagamaan dan budaya, lapor Xinhua.

Menurut pejabat PBB itu, sejak Oktober lepas, Israel telah memusnahkan atau merosakkan sekurang-kurangnya 10 masjid dan gereja. PBB menekankan bahawa di bawah undang-undang antarabangsa, serangan ke atas tapak keagamaan adalah dilarang.

PBB turut menyuarakan kebimbangan berhubung serangan berhampiran kompleks kuil purba yang disenaraikan sebagai tapak Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Baalbek, sambil menekankan bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa menghendaki perlindungan tapak awam, kecuali jika penggunaan ketenteraan disahkan. Walaupun dalam kes sedemikian, ia menekankan serangan mesti seimbang dan dilaksanakan dengan berhati-hati.

Jeanine Hennis-Plasschaert, penyelaras khas PBB untuk Lubnan turut memberi amaran di media sosial mengenai risiko terhadap tapak warisan Lubnan di Tyre dan Baalbek, yang menempatkan runtuhan Rom kuno yang diiktiraf UNESCO.

“Warisan budaya Lubnan tidak sepatutnya menjadi satu lagi mangsa dalam konflik yang mengakibatkan kebinasaan ini,” katanya.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619