AGENDA

Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT

31 Okt 2024, 9:20 AM
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Sungai Besi yang dipercayai menjadi mangsa buli dan dera oleh seorang penuntut senior.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.

“ATM memandang serius isu sebegini dan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terbabit dalam kes ini,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, ATM dalam kenyataan memaklumkan sedang menyiasat kes buli dan dera membabitkan seorang pegawai kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), UPNM, yang dibuli oleh seniornya menggunakan seterika ditekap di bahagian dada sehingga meninggalkan kesan lecur seperti yang tular menerusi media sosial.

Menurut kenyataan itu, kes berkenaan sedang disiasat pada peringkat ALK–UPNM.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619