AGENDA

Selangor hasrat sambungkan jajaran rel dengan ECRL, tingkat kesalinghubungan

29 Okt 2024, 11:36 AM
Selangor hasrat sambungkan jajaran rel dengan ECRL, tingkat kesalinghubungan
Selangor hasrat sambungkan jajaran rel dengan ECRL, tingkat kesalinghubungan
Selangor hasrat sambungkan jajaran rel dengan ECRL, tingkat kesalinghubungan

Oleh Yasmin Ramlan

GOMBAK, 29 OKT: Selangor berhasrat menghubungkan Jajaran Rel Selangor dengan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam tempoh beberapa tahun lagi, bagi mengukuhkan jaringan pengangkutan awam.

Dato' Menteri Besar berkata cadangan tersebut tambahan kepada stesen ECRL Gombak, yang akan beroperasi sebagai terminal bersepadu apabila projek berkenaan siap kelak.

Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan ia juga membolehkan kesalinghubungan dengan jajaran transit aliran ringan (LRT) sedia ada, selain memacu pertumbuhan ekonomi di negeri itu.

[caption id="attachment_670551" align="aligncenter" width="712"] Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencapai penembusan Terowong Gombak sepanjang 959 meter, sebulan lebih awal daripada jadual ditetapkan ketika tinjauan di Kampung Batu 12, Gombak pada 29 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Rancangan membangunkan Jajaran Rel Selangor termasuk sekurang-kurangnya dua stesen di Kuala Selangor dan Klang, yang akan bersambung dengan jajaran ECRL sedia ada.

“Ini akan menghubungkan keseluruhan rangkaian rel selepas 2026,” katanya dalam sidang media selepas meninjau penembusan terowong ECRL Gombak di sini, hari ini.

Julai lalu, Amirudin berkata Jajaran Rel Selangor berpotensi untuk membangunkan Kapar, Jeram, Kuala Selangor, Sekinchan dan Sabak Bernam, selain memanfaatkan sempadan Perak.

Beliau menambah kewujudan jajaran pantai barat itu dari Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam bertujuan menyeimbang pembangunan bandar dan luar bandar.

Dalam pada itu, Amirudin berkata pentadbiran negeri membangunkan strategi komprehensif untuk memastikan keselamatan penyelenggaraan terowong di kawasan terdedah bencana alam.

[caption id="attachment_670544" align="aligncenter" width="703"] Terowong Gombak sepanjang 959 meter dirasmikan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari di Kampung Batu 12, Gombak pada 29 Oktober 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Berdasarkan aduan dan maklum balas orang awam serta input daripada pegawai kami, pihak berkuasa mesti mengikuti proses dan memantau pembinaan projek ini,” katanya yang juga wakil rakyat Gombak.

Setakat ini, projek ECRL mencapai penembusan Terowong Gombak sepanjang 959 meter. Kerja pengorekan tersebut dimulakan pada Jun 2023 dan dijadual selesai suku keempat tahun ini.

Semua kerja sivil berkaitan Terowong Gombak dijangka siap menjelang Mac 2025.

Pembinaan terowong itu membolehkan landasan kereta api ECRL mematuhi kecerunan maksimum 0.9 peratus, selain mengurangkan penebangan hutan terbuka yang ketara di kawasan Batu 11 Gombak.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619