AGENDA

Bina Jajaran Rel Selangor sepanjang 211km, rentasi Sabak Bernam, Sepang

15 Nov 2024, 7:42 AM
Bina Jajaran Rel Selangor sepanjang 211km, rentasi Sabak Bernam, Sepang

SHAH ALAM, 15 NOV: Jajaran Rel Kita Selangor akan dibina membabitkan laluan Sabak Bernam merentasi Sepang hingga Negeri Sembilan, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata laluan sepanjang 211 kilometer (km) akan turut disokong beberapa laluan iaitu ke Pelabuhan Barat, Klang; Putra Heights dan Universiti Selangor (Unisel) Bestari Jaya.

“Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti kebolehlaksanaan cadangan tersebut melalui satu kajian yang dijangka akan selesai pada Januari 2025.

"Pembinaan Jajaran Rel Kita Selangor kelak dijangka dapat memberi impak positif yang ketara dari aspek fizikal dan sosio ekonomi di Selangor," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2025.

Amirudin menjelaskan penyediaan Jajaran Rel Kita Selangor merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk menyediakan satu sistem pengangkutan awam sekali gus membantu ke arah karbon sifar.

Jelasnya, pembinaan Jajaran Rel Kita Selangor kelak dijangka akan dapat memberi impak positif yang ketara dari aspek fizikal dan aspek sosio ekonomi di negeri ini.

"Projek ini dijangka dapat merangsang pertumbuhan ekonomi di sepanjang koridor jajaran serta memberi manfaat kepada Selangor dalam jangka masa panjang dan pendek.

"Ia juga dijangka membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat selain menyokong aktiviti pembinaan sektor seperti perhotelan, perdagangan dan logistik," katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri mengumumkan kajian kebolehlaksanaan Jajaran Rel Kita Selangor di pantai barat negeri melalui peruntukan RM3 juta.

Jajaran Rel Kita Selangor  di pantai barat itu membabitkan dari Klang ke Kuala Selangor, Tanjong Karang, dan Sabak Bernam, serta meneroka potensi jajaran sedia ada iaitu dari Kuang ke Kuala Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619