ADN

350 warga DUN Pandan Indah terima baucar beli-belah Deepavali

28 Okt 2024, 7:02 AM
350 warga DUN Pandan Indah terima baucar beli-belah Deepavali

SHAH ALAM, 28 OKT: Seramai 350 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah menerima baucar Jom Shopping Deepavali bernilai RM200 di Pasar Raya Giant, Sabtu lalu.

Wakil rakyatnya Ir Izham Hashim berkata agihan sumbangan bakul makanan mengandungi dua ekor ayam, muruku dan minyak masak turut dibuat kepada 250 penerima yang layak.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban serta membantu dalam penyediaan sambutan perayaan tahun ini,” maklumnya menerusi Facebook.

Sebelum ini, EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu berkata sebanyak 22,000 baucar Jom Shopping bernilai RM200 bakal diagih kepada golongan memerlukan sempena Deepavali hujung bulan ini.

Belanjawan tahun ini memperuntuk RM16.48 juta bagi memanfaatkan 82,400 penerima selepas nilai baucar dinaikkan dari RM100 ke RM200 berikutan situasi ekonomi dan keperluan rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619