AGENDA

Israel bom utara Gaza, lebih 150 penduduk maut, cedera

25 Okt 2024, 1:33 AM
Israel bom utara Gaza, lebih 150 penduduk maut, cedera

BANDARAYA GAZA, 25 OKT: Lebih 150 rakyat Palestin terbunuh atau cedera petang Khamis, dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kira-kira 10 rumah di Jabalia, utara Gaza, yang pengepungan bermula 20 hari lepas, lapor Agensi Anadolu.150

“Pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan sedang berlaku di Jabalia, dengan lebih 150 syahid dan cedera akibat tembakan Israel. Tiada siapa yang bergerak untuk menyelamatkan mereka,” kata perkhidmatan pertahanan awam Gaza dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menambah bahawa tentera Israel menyasarkan rumah milik keluarga Najjar, Abu Al-Ouf, Salman, Hijazi, Abu Al-Qumsan, Aqel Abu Rashid, Abu Al-Tarabish, Zaqoul, dan Shaalan.

“Pasukan pendudukan (Israel) mengebom seluruh blok kediaman di kawasan itu, dan penduduk menyeru bantuan untuk mengangkut mangsa yang cedera sehingga kini,” menurut kenyataan itu.

“Penduduk menghadapi kesulitan besar untuk mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera selepas tentera Israel mengganggu operasi pertahanan awam dan perkhidmatan perubatan di bahagian utara Gaza.”

Tentera Israel membuat kepungan di utara kira-kira tiga minggu lepas, menyerang dari udara dan darat, mengepung hospital dan tempat perlindungan pelarian serta mengarahkan penduduk menuju ke selatan. Hospital di kawasan itu sama ada telah berhenti menyediakan perkhidmatan perubatan atau beroperasi dengan amat terhad kerana serangan itu.

Jumlah keseluruhan korban akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas kini menghampiri 43,000 orang.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619