BERITA UTAMA

Lebih 3,000 meriahkan siri akhir Hari Tanpa Kenderaan MBSJ 2024

20 Okt 2024, 7:21 AM
Lebih 3,000 meriahkan siri akhir Hari Tanpa Kenderaan MBSJ 2024

PUCHONG, 20 OKT: Lebih 3,000 orang memeriahkan Hari Tanpa Kenderaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang diadakan di Pasaraya Giant Bandar Kinrara, di sini hari ini.

Datuk Bandarnya Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata program siri terakhir tahun ini juga diadakan sempena ulang tahun keempat Subang Jaya dinaik taraf status sebagai bandar raya.

“Program ini semakin mendapat sambutan sejak ia dianjurkan pada Ogos 2022 yang dahulunya dikenali Selamat Pagi Subang Jaya kemudian dijenamakan kepada Hari Tanpa Kenderaan.

“Penganjuran program ini juga sebahagian usaha dan inisiatif mempromosi gaya hidup sihat sekali gus mengurangkan pengeluaran karbon atau gas hijau,” katanya ketika berucap merasmikan majlis.

Lebih 15 aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung antaranya larian santai 5 kilometer (km), kayuhan santai 24km, pertandingan mewarna, eksplorasi kenali dan musnahkan denggi dan senamrobik.

Turut diadakan pameran cegah jenayah, cegah denggi, kitar semula, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pemeriksaan kesihatan dari Mahsa Specialist Hospital.

Menariknya, pengunjung juga berpeluang menggunakan Perkhidmatan Trek Riders van transit atas permintaan (DRT) secara percuma untuk pergi ke satu-satu lokasi berhampiran.

Program bermula 7 hingga 11 pagi itu turut menawarkan cabutan bertuah barangan elektrik bernilai sehingga RM6,000 kepada pengunjung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619