BERITA UTAMA

Karnival kerjaya Kuala Selangor esok, 4,000 peluang kerja ditawar

18 Okt 2024, 8:00 AM
Karnival kerjaya Kuala Selangor esok, 4,000 peluang kerja ditawar
Karnival kerjaya Kuala Selangor esok, 4,000 peluang kerja ditawar

SHAH ALAM, 18 OKT: Lebih 4,000 peluang kerja ditawarkan sempena Karnival Jelajah Jobcare 2024 Kuala Selangor esok.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan program berlangsung di Dewan MPKS, Puncak Alam mulai 9 pagi hingga 4 petang.

“Terbuka kepada semua pencari kerja pelbagai aktiviti dijalankan termasuk temuduga terbuka, kaunseling kerjaya dan pameran daripada pelbagai agensi,” katanya di Facebook.

Menurut MPKS, calon yang berminat boleh mengisi borang pendaftaran di pautan https://bit.ly/JOBCAREKUALASELANGOR bagi pemakluman awal untuk pengesahan kehadiran.

Sebelum ini, EXCO sumber manusia memaklumkan 637 peserta berjaya memperoleh pekerjaan tahun ini menerusi jelajah JobCare ke enam daerah melibatkan Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Hulu Selangor, Gombak dan Klang.

Menurut V Papparaidu karnival itu dianjurkan oleh Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Selangor, bertujuan mempercepat proses pengambilan pekerja.

Katanya peserta JobCare digalak membawa salinan resume dan bersedia untuk temu duga segera selain terdapat kaunter khas yang menyediakan bimbingan bagi memperbaiki resume.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619