AGENDA

Lokasi strategik bina stesen pengecas EV dikenal pasti di Putrajaya

17 Okt 2024, 4:22 AM
Lokasi strategik bina stesen pengecas EV dikenal pasti di Putrajaya

PUTRAJAYA, 17 OKT: Perbadanan Putrajaya (PPj) mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk mewujudkan stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV), seiring dengan hasrat untuk menyediakan 500 unit pengecasan EV di Putrajaya menjelang 2030.

Setakat ini 23 stesen pengecas EV telah diwujudkan di Putrajaya, dan menjelang hujung tahun ini jumlah dijangka meningkat kepada 50.

Presiden PPj Datuk Fadlun Mak Ujud dalam kenyataan hari ini berkata ia adalah sebagai sokongan kepada aspirasi Putrajaya menjadi bandar rendah karbon selain memenuhi keperluan pengguna kenderaan EV yang semakin meningkat.

Antara lokasi strategik yang telah dikenal pasti untuk pembangunan stesen pengecasan pada masa hadapan termasuk di Laman Perdana, Kompleks PPj, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Taman Saujana Hijau, Marina Putrajaya, Putrajaya Sentral dan Kelab Tasik Putrajaya.

Terdahulu hari ini, PPj dengan kerjasama Gentari Sdn Bhd (Gentari), melalui anak syarikatnya Gentari Green Mobility Sdn Bhd telah melancarkan stesen pengecas EV baharu di Taman Ekuestrian Putrajaya, di sini.

Fadlun berkata stesen pengecasan yang menyediakan kuasa AC (arus ulang alik) sehingga tujuh kilowatt itu juga merupakan contoh kerjasama Putrajaya dengan pemain tenaga global untuk membangunkan kemudahan EV terkini untuk komuniti dan pengunjung ke Putrajaya.

“Kami berbesar hati untuk melancarkan kemudahan terbaharu ini di Putrajaya dengan kerjasama swasta yang sama-sama komited untuk mempercepatkan peralihan bandar Putrajaya ke arah masa depan yang mampan,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619