AGENDA

Zii Jia terkandas, Pearly Tan-M Thinaah langkah ke separuh akhir Terbuka Artik

12 Okt 2024, 2:20 AM
Zii Jia terkandas, Pearly Tan-M Thinaah langkah ke separuh akhir Terbuka Artik

KUALA LUMPUR, 12 OKT: Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia terpaksa berputih mata apabila terlepas peluang mempertahankan kejuaraan Terbuka Artik 2024 selepas terkandas di suku akhir malam tadi.

Dalam saingan suku akhir di Energia Areena, Vantaa, Finland, Zii Jia yang juga pemain keempat dunia nyata bukan tandingan wakil Jepun Koki Watanabe setelah ditewaskan 15-21, 21-13, 12-21 usai 66 minit perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan Zii Jia kecundang dalam ketiga-tiga pertemuan menentang Watanabe.

Sementara itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah melangkah ke separuh akhir selepas menundukkan wakil Taiwan, Chang Ching Hui-Yang Ching Tun 21-8, 21-18 dalam masa 32 minit.

Cabaran getir menanti Pearly-Thinaah iaitu pilihan kedua kejohanan dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dalam misi ke final hari ini.

Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula disingkirkan pilihan utama dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam pertarungan sengit 17-21, 21-16, 17-21.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619