AGENDA

Seorang wanita rugi RM280,000, panik diugut penyamar polis terlibat jenayah

7 Okt 2024, 3:30 PM
Seorang wanita rugi RM280,000, panik diugut penyamar polis terlibat jenayah

SEREMBAN, 7 OKT: Seorang eksekutif pembinaan di Bahau, Jempol, kerugian RM280,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata wanita berusia 32 tahun itu menyatakan menerima panggilan daripada individu memperkenalkan diri sebagai seorang inspektor polis dari Melaka dan memaklumkan dia telah terlibat sewa kad bank dan cuci wang haram.

"Pengadu (wanita) menafikan hal itu, namun panggilan terbabit disambungkan kepada seorang individu kononnya seorang pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka. Individu itu memberitahu bahawa dia menjumpai 200 kad pengenalan dan satu daripadanya adalah milik pengadu.

"Pengadu kemudiannya sekali lagi menafikan hal tersebut, sebelum diberitahu satu siasatan terperinci kewangan dijalankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita berkenaan diminta memindahkan semua wang dalam akaun bank bagi audit untuk memastikan tidak terlibat dengan pengubahan wang haram.

Wanita itu, katanya memindahkan wang RM280,000 ke enam akaun berasingan, sebelum diminta membuat bayaran tambahan.

“Wanita itu yang berasa curiga bertindak menghubungi IPK Melaka untuk semakan dan kemudian dimaklumkan dirinya telah ditipu,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619