AGENDA

Polis tahan tiga individu disyaki dera kanak-kanak di Jempol

30 Jul 2022, 9:13 AM
Polis tahan tiga individu disyaki dera kanak-kanak di Jempol

SEREMBAN, 30 JULAI: Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita hari ini dipercayai mempunyai kaitan kes mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Mahsan, Bandar Seri Jempol.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata mereka ditahan pada 11.30 pagi selepas hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 42 tahun itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan satu rekod berkaitan dadah.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan permohonan reman ke atas mereka akan dilakukan esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan kes dera membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun iaitu R.Guna Silan, 42, K.Nagamah, 41 dan G.Nisha, 21.

Masing-masing yang beralamat di Taman Seri Mahsan, Jempol, merupakan bapa dan ibu saudara serta sepupu mangsa.

Kanak-kanak tersebut didapati mempunyai kesan melecur, lebam, luka, parut dan kecederaan lain pada keseluruhan badan serta sedang dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah selain telah dirujuk kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Jempol.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619