AGENDA

Malaysia tidak ambil mudah prestasi semasa, terus waspada cabaran global

7 Okt 2024, 5:17 AM
Malaysia tidak ambil mudah prestasi semasa, terus waspada cabaran global

KUALA LUMPUR, 7 OKT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan kerajaan tidak akan ambil mudah atau berpuas hati dengan pencapaiannya, sebaliknya akan terus berwaspada dalam menghadapi cabaran serantau dan global.

Ketika menegaskan perkara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ini penting walaupun usaha pembaharuan struktur negara telah membuahkan hasil sebagaimana dibuktikan oleh prestasi ringgit yang mengukuh, lonjakan pelaburan serta trajektori pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terbabit dalam pencapaian yang diraih oleh negara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada komuniti pelaburan kita, baik asing dan domestik di atas kepercayaan serta keyakinan mereka terhadap ekonomi Malaysia selain tadbir urus, kedaulatan undang-undang dan kestabilan politik kita," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Forum Megatrend Khazanah 2024 di sini, hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut mengulangi komitmen kerajaan untuk memastikan Malaysia terus berkembang maju dalam persekitaran global masa kini.

Perdana Menteri turut menekankan kepentingan negara untuk memberi tindak balas yang perlu berciri holistik dan diselaras serta mengutamakan kesejahteraan Malaysia bagi jangka panjang.

“Rangka kerja Ekonomi Madani yang saya perkenalkan tahun lepas, jelas menggariskan bagaimana Malaysia dapat bersiap sedia untuk berdepan dengan ekonomi global yang semakin dinamik dan rumit,” kata beliau.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619