ADN

DUN Kinrara peruntuk RM40,000 tingkat infrastruktur padang bola sepak

7 Okt 2024, 12:30 AM
DUN Kinrara peruntuk RM40,000 tingkat infrastruktur padang bola sepak
DUN Kinrara peruntuk RM40,000 tingkat infrastruktur padang bola sepak

SHAH ALAM, 7 OKT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kinrara memperuntuk RM40,000 bagi menaik taraf kemudahan padang bola sepak Bandar Kinrara 2 (BK 2) di Puchong.

Wakil rakyatnya Ng Sze Han berkata padang itu akan dipasang jaring penghalang bola dan jaring penghalang sempadan bagi mengelak bola keluar ke jalan raya berhampiran.

“Padang ini digunakan penduduk untuk aktiviti riadah dan klinik bola sepak Kinrara juga diadakan di sini, jadi ada keperluan untuk padang dinaik taraf.

“Projek itu akan kita mulakan dalam masa terdekat bagi memberi lebih keselesaan kepada mereka yang menggunakan kemudahan ini untuk beriadah,” katanya kepada Selangorkini.

Mengulas mengenai klinik bola sepak Kinrara, beliau berkata tahun ini masuk tahun kedua penganjuran program itu dengan anjuran bersama Team Selangor dan FA Selangor bagi mencungkil bakat baharu.

“Pada permulaan kita perkenalkan dulu kira-kira 20 penyertaan dan kini secara konsisten 50 peserta hadir untuk sesi latihan ketika klinik yang biasa diadakan hujung minggu.

“Kita juga cadang untuk teruskan ke tahun depan memandangkan sambutan menggalakkan daripada ibu bapa dan pemain bola sendiri,” katanya.

Sze Han turut meluangkan masa menyertai program riadah bola sepak Komuniti Madani Kinrara melawan Team Selangor Kinrara yang menyaksikan Team Selangor Kinrara menewaskan Komuniti Madani Kinrara dengan 7-6.

[caption id="attachment_666862" align="aligncenter" width="1029"] Ahli Dewan Negeri Kinrara Ng Sze Han (lima, kanan) bersama peserta pada program riadah bola sepak Komuniti Madani Kinrara vs Team Selangor Kinrara di padang bola sepak Bandar Kinrara 2 (BK 2) di Puchong pada 5 Oktober 2024. Foto Pejabat ADN Kinrara[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619