AGENDA

23 terbunuh, Israel sasaran serangan di kampung, klinik selatan Lubnan

29 Sep 2024, 12:20 AM
23 terbunuh, Israel sasaran serangan di kampung, klinik selatan Lubnan

BEIRUT, 29 SEPT: Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan 65 lagi cedera pada Sabtu dalam serangan udara Israel di beberapa kawasan di selatan Lubnan, lapor Xinhua, memetik sumber tentera Lubnan.

Sumber tentera yang enggan dikenali itu berkata pesawat dan dron Israel melancarkan kira-kira 90 serangan pada waktu petang, menyasarkan kira-kira 45 kampung dan bandar di selatan Lubnan.

Serangan itu turut mengenai beberapa klinik dan pusat pertahanan awam, mengakibatkan 12 orang terbunuh dan 15 lagi cedera, kebanyakan mereka adalah doktor, paramedik, jururawat, dan anggota bomba, menurut sumber itu.

Sejak 8 Okt 2023, Hizbullah telah berbalas serangan dengan Israel di sepanjang sempadan Lubnan-Israel sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Konfrontasi antara Hizbullah dan Israel meningkat dengan ketara selepas Israel mengumumkan perubahan tumpuan ketenteraan dari Semenanjung Gaza ke hadapan utara, bertujuan untuk berperang dengan Hizbullah sehingga penduduk utara Israel dapat pulang ke rumah dengan selamat.

Pada petang Jumaat, pesawat perang Israel melancarkan serangan ke atas ibu pejabat Hizbullah di Dahieh, pinggir bandar selatan Beirut, dan pemimpin Hizbullah Hassan Nasrallah terkorban. Kematian Nasrallah turut disahkan oleh Hizbullah.

-BERNAMA-XINHUA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619