ad
ADN

Permohonan SMUE, SMIS terbuka sepanjang tahun, individu layak dipelawa mohon

23 Sep 2024, 2:00 PM
Permohonan SMUE, SMIS terbuka sepanjang tahun, individu layak dipelawa mohon
Permohonan SMUE, SMIS terbuka sepanjang tahun, individu layak dipelawa mohon
Permohonan SMUE, SMIS terbuka sepanjang tahun, individu layak dipelawa mohon
Permohonan SMUE, SMIS terbuka sepanjang tahun, individu layak dipelawa mohon

SHAH ALAM, 23 SEPT: Permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) terbuka sepanjang tahun di pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) berhampiran.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang berkata individu yang menepati syarat dipelawa memohon segera dan jika layak mereka akan menerima manfaat baucar beli-belah RM150 dan khairat kematian RM500.

Katanya setakat ini sejumlah 10,449 penerima dari DUN Kajang mendapat manfaat menerusi kedua-dua skim itu.

[caption id="attachment_657386" align="alignleft" width="327"] Ahli Dewan Negeri Kajang David Cheong berucap dalam majlis pelancaran Kempen Kajang Bersih Kajang di Hatiku di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang pada 12 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Permohonan terbuka sepanjang tahun bagi yang menepati syarat masih boleh memohon dan diharap program ini dapat diteruskan bagi membantu warga emas dan golongan kurang upaya,” katanya.

Sementara itu ADN Seri Serdang Abbas Azmi berkata jumlah penerima SMUE dan SMIS di kawasannya pula seramai 5,733 penerima.

“Kepada yang sudah daftar skim ini dan sekiranya nama mereka berstatus lulus dalam sistem, mereka boleh tuntut baucar untuk tahun ini kerana baucar perlu dituntut sekali dalam setahun.

“Pelbagai cara dilakukan bagi memastikan mereka yang layak mendapat hebahan manfaat ini termasuklah membuat hebahan di media sosial, anjur program kemasyarakatan serta pemakluman kepada pemimpin masyarakat setempat,” katanya.

[caption id="attachment_623436" align="alignright" width="371"] ADN Seri Serdang Abbas Azmi ditemui pemberita selepas majlis perasmian Eco Melati Garden di Kolej Melati, UiTM Shah Alam pada 13 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Sementara itu wakil rakyat Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze berkata 15,636 penerima SMUE dan SMIS direkodkan di kawasannya setakat ini.

“Pemohon yang ingin memohon perlu memastikan mereka pengundi di Selangor dan berusia 60 tahun ke atas bagi program SMUE dan pemegang kad orang kurang upaya bagi program SMIS.

“Pihak kami mengedarkan notis melalui pelbagai platform seperti WhatsApp, Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok secara berkala untuk memastikan penduduk mendapat maklumat cara memohon, tempoh proses permohonan, hari proses permohonan di pejabat kami dan sebagainya,” katanya.

[caption id="attachment_662382" align="alignleft" width="359"] ADN Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze bercakap kepada media selepas meninjau program Selangor Saring DUN Subang Jaya di Dewan MBSJ, Subang Jaya pada 8 September 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Belanjawan Selangor 2024 memperuntuk RM16.48 juta bagi program Jom Shopping sempena hari lahir penerima. Ia sebahagian inisiatif SMUE dengan setiap peserta menerima RM150 untuk membeli barangan keperluan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.