BERITA UTAMA

Pavilion Selangor saji produk unik, tarik perhatian pengunjung MAHA

22 Sep 2024, 3:00 AM
Pavilion Selangor saji produk unik, tarik perhatian pengunjung MAHA
Pavilion Selangor saji produk unik, tarik perhatian pengunjung MAHA
Pavilion Selangor saji produk unik, tarik perhatian pengunjung MAHA
Pavilion Selangor saji produk unik, tarik perhatian pengunjung MAHA
Pavilion Selangor saji produk unik, tarik perhatian pengunjung MAHA
Pavilion Selangor saji produk unik, tarik perhatian pengunjung MAHA
Pavilion Selangor saji produk unik, tarik perhatian pengunjung MAHA
Pavilion Selangor saji produk unik, tarik perhatian pengunjung MAHA
Pavilion Selangor saji produk unik, tarik perhatian pengunjung MAHA

SHAH ALAM, 22 SEPT: Pavilion Selangor di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 menyajikan pelbagai produk unik kepada pengunjung.

Berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, segmen Selangor mempamerkan produk pertanian dan makanan keluaran usahawan negeri seperti Vanilla Planifolia, tanaman orkid yang mempunyai nilai komersial tinggi dan ternakan udang kara.

Selain itu, ikan Gourami (ikan air tawar spesies kaloi), jagung bijirin berkualiti tinggi, melon Selangor serta produk agropelancongan yang boleh didapati pada pameran yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam sejak 11 September hingga hari ini.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut berkenan mengunjungi Pavilion Selangor dengan melawat gerai pempamer, mengunjungi pameran ruminan haiwan ternakan dan melihat galeri kolam ikan air tawar dan akuakultur.

Bertemakan ‘Menuai Harapan, Membina Masa Hadapan’, pameran pertanian terbesar di Asia Tenggara itu menyediakan lebih 2,000 ruang jualan selain kemudahan bas, van, trem dan bugi percuma untuk melancarkan perjalanan orang ramai.

[caption id="attachment_663705" align="alignnone" width="854"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melihat buah rock melon di Pavillion Selangor sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di MAEPS Serdang pada 17 September 2024. Foto ISTANA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664463" align="alignnone" width="796"] Pelawat bersama keluarga mengunjungi Pavilion Selangor pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Maeps, Serdang pada 19 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664464" align="alignnone" width="836"] CK Lew bersama rakannya Dr Cockroach Chong dari Meme Vanilla mempromosi produk mereka di reruai Pavilion Selangor pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Maeps, Serdang pada 19 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664465" align="alignnone" width="926"] Pelawat bersama keluarga mengunjungi Pavilion Selangor pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Maeps, Serdang pada 19 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664466" align="alignnone" width="817"] Pengunjung melihat haiwan ternakan di reruai Pavilion Selangor pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Maeps, Serdang pada 19 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664467" align="alignnone" width="820"] Pelawat bersama keluarga mengunjungi Pavilion Selangor pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Maeps, Serdang pada 19 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664468" align="alignnone" width="887"] Kanak-kanak mencuba simulasi dron pertanian realiti maya (VR) di reruai Pavilion Selangor pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Maeps, Serdang pada 19 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_664469" align="alignnone" width="862"] Pengusaha pertanian, Muhamad Shahril Safari memberi penerangan kepada pengunjung di reruai Pavilion Selangor pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Maeps, Serdang pada 19 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619