BERITA UTAMA

Negeri tumpu pemodenan pertanian, tanaman bernilai tinggi

19 Sep 2024, 2:03 PM
Negeri tumpu pemodenan pertanian, tanaman bernilai tinggi
Negeri tumpu pemodenan pertanian, tanaman bernilai tinggi

SUBANG JAYA, 19 SEPT: Kerajaan Negeri memberi tumpuan terhadap aspek pemodenan pertanian dan tanaman bernilai tinggi, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu merupakan sebahagian inisiatif dalam memajukan sektor pertanian negeri sekali gus mempromosikan hasil tempatan.

“Permodenan menjadi kunci pada hasil bernilai tinggi… contohnya di pameran ini kita pamer beberapa produk seperti melon, vanilla planifolia dan ternakan udang kara.

“Ini penting dan menjadi kunci dalam pemodenan, pada masa sama meneruskan produk-produk lain di bawah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dalam memperkasa kemajuan pertanian,” katanya.

Beliau ditemui pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di sini hari ini.

[caption id="attachment_664107" align="alignnone" width="929"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari melawat reruai Pavillion Selangor ketika Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 di Maeps, Serdang pada 19 September 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, Amirudin diringi EXCO Pertanian Ir Izham Hashim meluangkan masa melawat Pavilion Selangor yang menampilkan pelbagai jenis produk pertanian.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan penduduk yang mengusahakan kebun komuniti melakukan perubahan daripada tanaman biasa kepada tanaman bernilai tinggi.

“Kebun komuniti ini merupakan hobi atau aktiviti pertanian bandar yang meringankan beban namun selepas ini mereka mungkin boleh menukarnya kepada tanaman bernilai tinggi.

“Perlu ada tranformasi tetapi mereka perlu bergabung kerana saiz kebun agak kecil. Pertanian bernilai tinggi seperti tanaman vanila tidak memerlukan penjagaan terlalu sukar,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619