BERITA UTAMA

Kerja meroboh Stadium Shah Alam dijangka selesai sepenuhnya Mei 2025

15 Sep 2024, 5:43 AM
Kerja meroboh Stadium Shah Alam dijangka selesai sepenuhnya Mei 2025
Kerja meroboh Stadium Shah Alam dijangka selesai sepenuhnya Mei 2025
Kerja meroboh Stadium Shah Alam dijangka selesai sepenuhnya Mei 2025

KLANG, 15 SEPT: Kerja-kerja meroboh Stadium Shah Alam dijangka selesai sepenuhnya pada Mei tahun hadapan, maklum EXCO sukan.

Mohd Najwan Halimi berkata proses pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) juga akan berjalan serentak, bergantung kepada tahap perobohan.

“Kerja-kerja meroboh sudah berjalan dan kini sedang giat dijalankan, kita jangka bulan Mei tahun depan akan selesai sepenuhnya.

[caption id="attachment_663397" align="alignleft" width="500"] EXCO Belia, Sukan Mohd Najwan Halimi bercakap kepada media selepas program Mini Karnival FIT Malaysia Selangor 2024 anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Padang Laman Seni, Safari Klang pada 15 September 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Proses pembinaan pula kita cuba mula sekarang ini bergantung pada tahap proses perobohan stadium,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mini Karnival FIT Malaysia Selangor 2024 di Padang Laman Seni Safari, di sini hari ini.

Mohd Najwan menjelaskan setakat ini tiada aduan daripada penduduk sekitar Seksyen 13 berhubung kacau ganggu kerja perobohan stadium ketika ini.

“Memang tidak dinafikan apabila berlaku kerja meroboh ini mesti kualiti udara di kawasan terbabit agak terjejas ada debu tetapi setakat ini dapat ditangani dengan baik.

“Namun, saya melihat di media sosial banyak komen bersifat sentimental yang berkongsi kenangan mereka di Stadium Shah Alam tetapi apa pun kita perlu teruskan demi penambahbaikan stadium serta pembangunan sukan di Selangor,” katanya.

[caption id="attachment_663400" align="alignright" width="489"] EXCO Belia, Sukan Mohd Najwan Halimi mengibarkan Jalur Gemilang ketika melakukan aktiviti zumba bersama peserta sempena program Mini Karnival FIT Malaysia Selangor 2024 anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) Padang Laman Seni, Safari Klang pada 15 September 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sebelum ini, MBI memaklumkan pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) membabitkan tiga fasa dijangka siap sepenuhnya menjelang 2029.

Pengurus besar unit projek khasnya berkata fasa pertama membabitkan proses perobohan dan pembinaan semula Stadium Shah Alam dan dijangka selesai pada Disember 2026.

Datuk Ir Ruslan Abdul Aziz menjelaskan fasa kedua pula dijadual bermula pada Januari 2027 membabitkan teater tertutup, sayap sukan dan belia serta kawasan rekreasi.

Fasa terakhir untuk pembinaan terminal bersepadu dan hotel pula dijangka dimulakan antara Januari 2028 hingga Disember 2029.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619