BERITA UTAMA

MBSJ sasar pengurangan karbon sehingga 40 peratus menjelang 2035

12 Sep 2024, 2:00 AM
MBSJ sasar pengurangan karbon sehingga 40 peratus menjelang 2035

SUBANG JAYA, 12 SEPT: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyasarkan pengurangan pelepasan karbon sehingga 40 peratus menjelang 2035, kata timbalan datuk bandarnya.

Mohd Zulkurnain Che Ali berkata pelbagai inisiatif diambil termasuk penanaman pokok, galakan penggunaan pengangkutan awam, kitar semula dan program kesedaran di peringkat sekolah bagi mencapai matlamat tersebut.

“Apabila bercakap rendah karbon antara perkara utama ialah masyarakatnya menggunakan teknologi hijau antaranya pengurangan kenderaan bermotor dan pengurusan sampah sistematik.

“Untuk mencapai itu, MBSJ laksana pelbagai usaha dalam mendidik masyarakat dan kita sasar pengurangan karbon sehingga 40 peratus menjelang 2035,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program sekolah rendah karbon generasi bestari (Smart Gen) 2024 di Dewan Serbaguna USJ 7 semalam.

Dalam pada itu, Mohd Zulkurnain menjelaskan penganjuran program tersebut selari dengan strategi utama Rancangan Tempatan Subang Jaya 2035 iaitu pertumbuhan hijau dan rendah karbon.

“Selain memberi penerangan berkaitan rendah karbon, ini sebahagian daripada usaha memupuk kesedaran kepentingan penjagaan alam sekitar, pengurusan sampah yang baik.

“Kita mahu memupuk kesedaran ini di peringkat awal lagi iaitu kanak-kanak dan remaja supaya dapat amalkan di rumah dan di sekolah,” katanya.

Terdahulu, program dengan kerjasama beberapa pihak antaranya Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Selangor itu disertai 150 pelajar dan guru daru 35 sekolah rendah dan menengah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619