ad
AGENDA

Hari Malaysia: Laluan ke Padang Merdeka ditutup kekal, berkala

11 Sep 2024, 5:45 AM
Hari Malaysia: Laluan ke Padang Merdeka ditutup kekal, berkala

KOTA KINABALU, 11 SEPT: Beberapa laluan akan ditutup secara kekal dan berkala sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept ini, yang akan diadakan di Padang Merdeka bermula pukul 7 malam.

Menerusi laman sosial rasmi Facebook Merdeka360 memaklumkan laluan yang ditutup kekal ialah Simpang Tiga Bukit Bendera, laluan masuk lampu isyarat Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dan Simpang Pintu Gerbang Istana menuju ke arah Padang Merdeka.

Sementara laluan yang ditutup secara berkala adalah laluan masuk ke jalan padang berhampiran KFC di kawasan Bandaran.

Polis trafik akan mengawal setiap lampu isyarat, persimpangan kritikal di jalan-jalan utama serta bulatan di pusat bandar raya bagi memastikan aliran trafik diatur dengan baik dan mengelakkan berlaku kesesakan jalan raya.

Pengguna jalan raya yang melalui kawasan berkenaan dinasihatkan agar berhati-hati dan mematuhi arahan polis trafik untuk perjalanan yang lancar dan selamat.

Untuk maklumat lanjut, boleh merujuk laman sesawang http://www.merdeka360.my

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.