AGENDA

Sambutan Hari Malaysia 2024 istimewa, bakal tampil persembahan menarik

15 Sep 2024, 1:40 AM
Sambutan Hari Malaysia 2024 istimewa, bakal tampil persembahan menarik
Sambutan Hari Malaysia 2024 istimewa, bakal tampil persembahan menarik

KOTA KINABALU, 14 SEPT: Sambutan Hari Malaysia 2024 yang diadakan esok di Padang Merdeka di sini cukup istimewa terutama dengan persembahan menarik yang bakal disajikan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Berdasarkan raptai penuh malam tadi, Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 berkata beberapa perkara sedang ditambah baik untuk persembahan pada sambutan itu termasuk daripada aspek teknikal.

"Saya rasa sambutan ini akan jadi cukup istimewa… beberapa isu termasuk audio akan dapat ditangani dengan baik selepas menerima maklum balas terutama daripada peserta," katanya selepas menyaksikan raptai penuh Sambutan Hari Malaysia di Padang Merdeka malam tadi.

Beliau berkata sambutan Hari Malaysia setiap tahun adalah berbeza dengan keunikan tersendiri.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew pula berkata orang ramai dijemput hadir ke Padang Merdeka untuk bersama-sama menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia 2024.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619