AGENSI

Pesta Buku Antarabangsa Selangor kembali November ini, sasar lebih 300,000 hadir

9 Sep 2024, 6:00 AM
Pesta Buku Antarabangsa Selangor kembali November ini, sasar lebih 300,000 hadir
Pesta Buku Antarabangsa Selangor kembali November ini, sasar lebih 300,000 hadir
Pesta Buku Antarabangsa Selangor kembali November ini, sasar lebih 300,000 hadir
Pesta Buku Antarabangsa Selangor kembali November ini, sasar lebih 300,000 hadir

SHAH ALAM, 9 SEPT: Lebih 300,000 pengunjung dijangka menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2024 yang dijadual kembali membuka tirainya pada 27 November di Pusat Konvensyen Setia City, di sini.

Ketua bahagian korporat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor berkata pesta sehingga 3 Disember itu berjalan bersekali dengan Sidang Kemuncak Pendidikan Selangor yang julung kali diadakan bagi memperkasa sektor berkenaan.

Menurut Zafarullah Aris, SIBF bukan hanya disertai pemain industri tempatan malah turut menjemput beberapa negara sekali gus mampu memperluaskan lagi industri buku.

[caption id="attachment_654863" align="aligncenter" width="744"] Ketua Bahagian Unit Korporat Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Zafrullah Aris ketika ditemui di Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor 2024 di Kompleks PKNS Shah Alam pada 28 Julai 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Bulan lalu kita memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama dua agensi pengendali buku dari China di Guangzhou sempena Pesta Buku China Selatan. Kali ini mungkin mereka akan sertai dan buka ruang pameran.

“Memandangkan program bersekali sidang pendidikan, kita yakin ramai akan berkunjung dan lebih daripada 300,000 yang direkodkan tahun lalu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata selain pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah, pengunjung juga berpeluang bertemu sasterawan negara sepanjang tujuh hari edisi ketiga ini berjalan.

[caption id="attachment_616898" align="aligncenter" width="775"] Penulis buku Indonesia Asma Nadia pada sesi khas sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 2 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

SIBF julung kali dianjurkan pada 2022, merupakan kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

Bermula tahun lalu, pentadbiran turut menganjur Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor bertempat di Kompleks PKNS, melibatkan penyertaan penulis, penerbit dan penjual buku tempatan.

[caption id="attachment_554137" align="aligncenter" width="725"] Pelbagai acara disediakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2022 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 6 Disember 2022.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619