AGENSI

PPAS hasrat perluas skim pinjam komputer di 30 perpustakaan lagi

1 Jan 2023, 5:00 AM
PPAS hasrat perluas skim pinjam komputer di 30 perpustakaan lagi
PPAS hasrat perluas skim pinjam komputer di 30 perpustakaan lagi

SHAH ALAM, 1 JAN: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berhasrat melebarkan Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (Sepintas) di 30 perpustakaan lagi.

Pengarahnya Datin Paduka Mastura Muhamad berkata setakat ini sebanyak 50 perpustakaan sudah menyediakan skim tersebut sejak dilancarkan pada Ogos lalu.

[caption id="attachment_523976" align="aligncenter" width="711"] Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad bercakap kepada Media Selangor ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 3 Jun 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Kita berhasrat untuk tambah lagi dalam 30 perpustakaan yang tawarkan Sepintas. Sekarang ia baru diperingkat cadangan kepada Kerajaan Negeri.

“Secara dasarnya Kerajaan Negeri amat menyukai projek ini kerana ia lebih praktikal, terutamanya kepada pelajar,” katanya kepada Selangorkini hari ini.

Mastura berkata setiap perpustakaan yang menawarkan Sepintas akan menyediakan 10 komputer meja dan 10 komputer riba untuk pinjaman selama tiga bulan.

Beliau menjelaskan PPAS mengkhususkan pinjaman komputer meja kepada pelajar sekolah dan komputer riba kepada mahasiswa, selain mengutamakan keluarga B40 sebagai syarat utama.

Dato’ Menteri Besar melancarkan Sepintas pada 2 Ogos lalu bagi mengurangkan kesenjangan digital dalam kalangan pelajar B40.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata insentif itu turut menyediakan jaringan internet, perisian terkini selain kerusi dan meja untuk keselesaan peminjam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619