BERITA UTAMA

17 pasar raya sedia kotak kumpul e-sisa, didik penduduk budayakan pengurusan lestari

8 Sep 2024, 4:00 AM
17 pasar raya sedia kotak kumpul e-sisa, didik penduduk budayakan pengurusan lestari
17 pasar raya sedia kotak kumpul e-sisa, didik penduduk budayakan pengurusan lestari

Oleh Anna Farina Abdul Rauf

SUBANG JAYA, 8 SEPT: Kerajaan Negeri menjalinkan kerjasama stategik bersama GCH Retail Sdn Bhd dalam usaha meningkatkan kesedaran dan membudayakan pengurusan sisa elektronik (e-sisa) yang lestari.

EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata sebanyak 17 pasar raya di Selangor akan mempamerkan kotak promosi pengumpulan e-sisa bagi memudahkan masyarakat menguruskan sisa berkenaan.

"Warga Selangor boleh mengatur jadual kutipan e-sisa daripada rumah dengan mengimbas kod QR yang dipamerkan pada replika yang diletakkan di lokasi-lokasi utama di 16 Pasaraya Giant dan satu Pasaraya TMC.

"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada GCH Retail yang menyediakan ruang meletakkan kotak promosi pengumpulan e-waste di 17 pasar raya untuk kemudahan kepada warga Selangor," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Program Sisa Elektrik dan Elektronik (E-Waste) di Pasaraya Giants Bandar Kinrara di sini, semalam.

Bercakap dalam sidang media, Jamaliah menegaskan pihaknya sentiasa komited dalam usaha melestarikan alam sekitar seterusnya berharap semua pihak menyokong inisiatif hijau yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

"Ada hampir 25 juta sisa eletronik akan dihasilkan, sangat tinggi peluangnya untuk menjadi e-sisa pada masa akan datang dan saya berharap kita semua dapat berusaha kearah membudayakan sisa elektronik ini dengan betul," katanya.

[caption id="attachment_651871" align="aligncenter" width="797"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin menyampaikan kotak e-sisa kepada wakil agensi kerajaan ketika majlis pelancaran Program Sisa Elektrik dan Elektronik (E-Waste) Peringkat Negeri Selangor di Dewan Annex, Shah Alam pada 11 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sebelum ini, Selangor menyasarkan 15 peratus e-sisa dikumpulkan menjelang 2026, menerusi Program Sisa Elektrik dan Elektronik (E-Waste) pada 11 Julai lalu.

Sistem pengumpulan e-sisa yang diperkenal memberi perkhidmatan secara pintu ke pintu kepada pengguna yang ingin menghantarnya ke tempat pengumpulan yang sah.

Pengguna juga akan diberi ganjaran tunai sebagai insentif untuk mengitar semula peranti lama, yang akan dilaksanakan sehingga 31 Disember.

Informasi program berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang www.lestariselangor.com/ewaste.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619