AGENDA

Tanah jerlus: Anggota bomba bergilir turun loji IWK sedalam lima tingkat

29 Ogos 2024, 8:27 AM
Tanah jerlus: Anggota bomba bergilir turun loji IWK sedalam lima tingkat

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Anggota bomba yang bertugas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India, dilihat bergilir-bergilir memasuki loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pantai Dalam, difahamkan sedalam bangunan lima tingkat.

Berdasarkan tinjauan Bernama di lokasi, tidak kurang tiga anggota bomba yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE), menggalas tangki oksigen dan alatan pernafasan bergilir-gilir memasuki loji terbabit dengan setiap kali pusingan pencarian dianggarkan mengambil masa selama sejam.

Difahamkan, pihak IWK telah pun mengeringkan loji itu sebelum anggota bomba masuk untuk melakukan pencarian di dasar loji yang menyimpan bahan kumbahan penduduk di sekitar ibu kota.

Dikatakan juga, terdapat pelbagai jenis gas berbahaya di dalam loji berkenaan antaranya gas hidrogen sulfida dan gas metana yang bukan sahaja beracun, tetapi juga mudah terbakar.

Pada Jumaat lepas, mangsa yang dikenali sebagai G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan menuju ke sebuah kuil berhampiran untuk bersarapan sebelum kejadian itu berlaku.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619