AGENDA

Terperdaya pelaburan saham luar negara, broker rugi RM1.45 juta

21 Ogos 2024, 8:02 AM
Terperdaya pelaburan saham luar negara, broker rugi RM1.45 juta

JOHOR BAHRU, 21 OGOS: Seorang broker mengalami kerugian RM1.45 juta selepas mendakwa terperdaya dengan pelaburan saham di luar negara pada Mei lepas.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata ketika melayari Facebook, wanita berusia 44 tahun itu terlihat iklan pelaburan ‘stock market’ di Hong Kong dengan nama ‘Pantheon Ventures’ yang menawarkan 100 peratus keuntungan iaitu 25 peratus bagi ejen manakala 75 peratus, kepada pelabur.

Beliau berkata mangsa kemudiannya dimasukkan ke satu kumpulan WhatsApp ‘V-27 Pantheon Market Insight Academy’ dan diberi penerangan mengenai pelaburan tersebut selain ditawarkan perjalanan percuma ke Hong Kong untuk bertemu dengan pelabur-pelabur di sana.

“Mangsa yang tertarik dengan keuntungan dijanjikan telah melakukan transaksi pembayaran ke beberapa akaun bank tempatan dalam tempoh Jun hingga bulan ini berjumlah kira-kira RM1.5 juta, selain turut memuat turun aplikasi Apex bagi memantau pelaburan berkenaan.

“Setelah bayaran dibuat, mangsa dapati pelaburannya menjana keuntungan seperti dipaparkan oleh aplikasi itu. Dia juga berjaya mengeluarkan sejumlah daripada keuntungan diperoleh dan meninggalkan baki RM1.45 juta bagi meneruskan pelaburan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bagaimanapun, mangsa yang mahu mengeluarkan lagi wang keuntungan miliknya tidak berjaya atas pelbagai alasan termasuk dia mempunyai tunggakan pelaburan serta tidak mematuhi peraturan ditetapkan, sebelum disekat daripada kumpulan WhatsApp itu.

“Mangsa menyedari telah ditipu sebelum dia membuat laporan polis di Muar semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Menurut Kumar berkata sebanyak 399 kes berkaitan penipuan pelaburan direkodkan dengan kerugian berjumlah RM32.9 juta bagi tempoh Januari hingga semalam, berbanding 327 kes dengan kerugian RM26 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619