AGENDA

Parlimen ikut langkah Selangor benarkan sidang dalam talian jika darurat

21 Ogos 2024, 6:17 AM
Parlimen ikut langkah Selangor benarkan sidang dalam talian jika darurat
Parlimen ikut langkah Selangor benarkan sidang dalam talian jika darurat

SHAH ALAM, 21 OGOS: Parlimen bakal mengikut jejak langkah Selangor yang meluluskan pindaan peraturan tetap bagi membolehkan persidangan dewan secara dalam talian, terutama ketika darurat.

Mendahului negeri lain, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata Parlimen juga akan menggunakan garis panduan ditetapkan Selangor dalam melaksanakan perkara tersebut.

“Selangor mendahului negeri-negeri lain, malah Parlimen juga terkebelakang. Jadi, Parlimen akan belajar dari Selangor. Walaupun kita rangka draf, namun akan gunakan garis panduan Selangor.

“Ini menunjukkan bagaimana undang-undang atau enakmen boleh dilaksana dan sah walau tidak duduk secara fizikal. Pindaan beberapa peraturan mesyuarat membolehkan persidangan berlaku," katanya.

[caption id="attachment_659003" align="alignleft" width="435"] Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bercakap kepada media dalam lawatan kerja ke Dewan Negeri Selangor sempena Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Se-Malaysia di Wisma Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 21 Ogos 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Ditemui selepas melawat Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini, Johari berkata langkah negeri itu yang menggunakan sistem dalam talian untuk mengurus soalan juga wajar dicontohi.

“Ada negeri yang masih lagi gunakan sistem fizikal, hantar soalan dengan cara lama. Kedah dan Selangor ke hadapan, gunakan sistem e-hantar. Jadi, negeri lain boleh belajar,” katanya.

Berikutan langkah cemerlang itu, beliau menambah dua perkara terbabit akan dibawa ke Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024 yang dijadual berlangsung September depan.

Pada Ogos 2021, DNS meluluskan usul meminda peraturan tetap bagi membolehkan persidangan diadakan secara hibrid pada masa akan datang jika darurat, pandemik atau kecemasan luar jangka.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619