AGENSI

PPAS-dua agensi dari China meterai MoU rancak penerbitan, pendidikan

19 Ogos 2024, 5:24 AM
PPAS-dua agensi dari China meterai MoU rancak penerbitan, pendidikan
PPAS-dua agensi dari China meterai MoU rancak penerbitan, pendidikan

SHAH ALAM, 19 OGOS: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama dua agensi pengendali buku dari China di Guangzhou pada 16 Ogos lalu.

Menurut PPAS, kerjasama membabitkan Pesta Buku China Selatan dan Southern Publishing Media Co Ltd bertujuan mewujudkan kerjasama dalam bidang penerbitan, pendidikan dan latihan.

“Kedua-dua MoU ini ditandatangani bertujuan untuk mewujudkan perkongsian pintar melalui pertukaran idea, pengetahuan dan kepakaran.

“Selain itu, ia bertujuan mewujudkan projek yang saling menguntungkan sekali gus menggalakkan persefahaman silang budaya, pembangunan sosial dan pertumbuhan ekonomi,” katanya di Facebook.

PPAS diwakili pengarahnya Datin Paduka Mastura Muhammad manakala Weng Xuhui mewakili Festival Buku China Selatan dan Chen Bing dari Pengarah Jabatan Antarabangsa di Southern Publishing Media Co Ltd.

Pemeteraian MoU bersejarah itu berlangsung di Pavilion Selangor sempena Pesta Buku China Selatan selama lima hari sejak 16 Ogos lalu di Guangzhou.

Dalam pada itu, Mastura dalam ucapannya pada majlis tersebut memberitahu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memainkan peranan penting dalam hubungan antara Selangor dan Guangzhou.

[caption id="attachment_658585" align="aligncenter" width="739"] Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhammad berucap pada majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bersama dua agensi pengendali buku dari China di Pavilion Selangor sempena Pesta Buku China Selatan di Guangzhou pada 16 Ogos 2024. Foto Facebook Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)[/caption]

“Hubungan diplomatik antara China dan Malaysia bukanlah perkara baharu. Malah, dalam buku yang diterbitkan baru-baru ini berjudul Us and You – The Story of China and Malaysia, ia memberitahu kita bahawa hubungan diplomatik ini telah mencecah 50 tahun.

“Kejayaan ini bukan mudah untuk dicapai tanpa komitmen yang serius daripada kedua-dua pihak. Kini berada di tangan kita untuk bukan sahaja meneruskan legasi hubungan ini, tetapi untuk membawanya ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Mastura mengakhiri ucapannya dengan menjemput Pesta Buku China Selatan untuk menyertai Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2024 pada 27 November hingga 3 Disember depan sebagai Negara Tamu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619