BERITA UTAMA

SUKMA 2024: Selangor mampu capai sasaran pingat, kedudukan tiga teratas

18 Ogos 2024, 2:15 PM
SUKMA 2024: Selangor mampu capai sasaran pingat, kedudukan tiga teratas
SUKMA 2024: Selangor mampu capai sasaran pingat, kedudukan tiga teratas
SUKMA 2024: Selangor mampu capai sasaran pingat, kedudukan tiga teratas

KUCHING, 18 OGOS: Sasaran Selangor berada pada kedudukan tiga teratas Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 mampu dicapai bersandar kerja keras dan corak persembahan dipamerkan atlet setakat ini.

EXCO Sukan Najwan Halimi berkata banyak acara yang mempunyai prospek emas buat kontinjen negeri akan berlangsung dalam tempoh beberapa hari sebelum temasya dwitahunan itu melabuhkan tirai.

“Ukuran sebenar tidak boleh dilihat setakat hari ini. Insya-Allah bermula esok akan ada acara seperti akuatik dan olahraga yang disasar dapat pingat emas sebagai tambahan kepada emas terkumpul setakat ini.

[caption id="attachment_658507" align="alignleft" width="500"] EXCO Belia dan Sukan,Najwan Halimi bercakap kepada media ketika acara golf Sukan Malaysia yang ke-19 (SUKMA XXI) 2024 di Kelab Golf Sarawak, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Mudah-mudahan mereka dapat tingkatkan usaha untuk menambah baik prestasi sepanjang seminggu ini. Kita berfikiran positif dan optimis capai 61 emas seperti diunjurkan,” katanya hari ini.

Ditemui selepas menyaksikan acara akhir golf di Kelab Golf Sarawak di sini, beliau turut memuji kerja keras atlet dalam memburu pingat meski ada acara yang disasar terlepas emas.

“Prestasi atlet kita sangat baik tetapi ada beberapa kategori sukan yang berpotensi tinggi dapat emas berakhir dengan pingat perak. Saya hargai usaha mereka meraih seberapa banyak pingat,” katanya.

Najwan menambah layanan tuan rumah terhadap semua kontinjen amat baik dengan tiada aduan diterima khususnya membabitkan perkampungan sukan atlet.

Sebanyak 37 acara disertai Selangor dalam temasya sukan berpresij negara kali ini dengan sasaran kutipan 61 emas dan berada pada kedudukan tiga teratas.

Berdasarkan semakan di laman sesawang https://rs.sukmasarawak2024.my/medals setakat 9.20 malam, Selangor berada pada kedudukan kesembilan dengan mengumpul lima emas, perak (13) dan gangsa (tujuh).

[caption id="attachment_658493" align="aligncenter" width="799"] EXCO Belia dan Sukan Najwan Halimi (tengah) bergambar bersama atlet golf dan pegawai Selangor selepas Selangor memenangi satu emas dan dua perak ketika Sukan Malaysia ke-19 (SUKMAXXI) di Kelab Golf Sarawak, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619