ad
AGENDA

Selangor FC tundukkan Sabah FC 2-1 di Stadium Likas

13 Ogos 2024, 3:07 PM
Selangor FC tundukkan Sabah FC 2-1 di Stadium Likas

SHAH ALAM, 13 OGOS: Selangor FC menundukkan Sabah FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, Sabah malam ini.

Gol kemenangan Selangor dijaringkan Harith Haiqal Adam Afkar, lima minit sebelum aksi tamat selepas berjaya memanfaatkan bola muntah daripada dakapan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.

Sebelum itu kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada babak pertama dengan Sabah terlebih dahulu di depan akibat kesilapan kapten Selangor, Muhammad Safuwan Baharuddin yang tersepak bola ke dalam gawang sendiri di minit ke-27, lapor Berita Harian.

Kesilapan itu berlaku ketika beliau dan penjaga gol, Samuel Somerville cuba menghalang penyerang Sabah, Darren Lok daripada menerima hantaran berbahaya Mohd Firdaus Jafri Chew.

Kedudukan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Ronnie Fernandez menyamakan kedudukan akibat kesilapan hantaran pertahanan Sabah di hadapan gawang sendiri pada minit ke-31.

Namun, malang bagi Sabah apabila Khairul terlepas bola dalam situasi kucar-kacir di hadapan gawangnya yang membolehkan Harith menjaringkan gol kemenangan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.