AGENDA

Pemain Selangor Faisal Halim digantung empat bulan

26 Jul 2023, 3:12 PM
Pemain Selangor Faisal Halim digantung empat bulan

KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Pemain sensasi Selangor FC Muhammad Faisal Halim digantung empat bulan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), menurut Selangor FC menerusi kenyataan malam ini.

Ia susulan kenyataan media yang dibuat pemain itu selepas aksi Liga Super menentang Sabah FC pada 27 April lepas.

Namun, hukuman penggantungan itu berlangsung sebulan dahulu, bermula semalam (25 Julai) hingga 23 Ogos ini, manakala bakinya ditangguhkan tertakluk kepada kelakuan baik pemain berusia 25 tahun itu selama setahun bermula 24 Ogos.

“Semalam, wakil kelab dan pemain hadir di hadapan Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk perbicaraan tatatertib. Pada hari ini, Selangor telah dimaklumkan mengenai keputusan Jawatankuasa Tatatertib tersebut.

“Oleh itu, beliau tidak boleh disenaraikan untuk perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) (29 Julai), Kuala Lumpur City (8 Ogos), Negeri Sembilan (13 Ogos) dan kedua-dua perlawanan Piala Malaysia menentang PDRM FC (3 dan 19 Ogos),” menurut kenyataan itu.

April lepas, Muhammad Faisal yang turut dikenali sebagai Mickey, menyatakan kekecewaannya terhadap perjalanan perlawanan menentang Sabah tersebut dan berharap ia lebih adil.

Pada aksi di Stadium Likas, Kota Kinabalu itu, Selangor tewas 1-2 dengan gol tunggal disumbangkan Muhammad Faisal.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619