EXCO

Meski musim haji tamat, 20 jemaah di Banting terima bantuan RM1,000

10 Ogos 2024, 7:36 AM
Meski musim haji tamat, 20 jemaah di Banting terima bantuan RM1,000
Meski musim haji tamat, 20 jemaah di Banting terima bantuan RM1,000

KUALA LANGAT, 10 OGOS: Seramai 20 jemaah haji di Dewan Undangan Negeri (DUN) Banting menerima Insentif Haji Muassasah bernilai RM1,000 setiap seorang hari ini.

Serahan dilakukan wakil rakyatnya V Papparaidu yang juga EXCO kerajaan negeri pada Jelajah JobCare Selangor daerah Kuala Langat di Dewan Sri Jugra di sini.

“Pada hari ini, seramai 20 individu yang menunaikan haji terima insentif RM1,000 daripada Kerajaan Negeri. Kita ambil keputusan serahan ini diadakan bersama jelajah bagi memudahkan ibu bapa membawa anak-anak mencari kerja.

“Dengan pemberian insentif ini diharap dapat ringankan beban mereka dan digunakan sebaiknya,” katanya selepas menyampaikan bantuan tersebut.

Pada 3 Mei lalu, Kerajaan Negeri mengumumkan Insentif Haji Muassasah dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,000 melibatkan 6,000 bakal jemaah haji tahun ini.

[caption id="attachment_657060" align="alignleft" width="395"] Aniza Laili Omar dan suami, Suhaimy Abdul Kudus[/caption]

Ia melibatkan peruntukan berjumlah RM6 juta, meningkat tiga kali ganda berbanding jumlah insentif tahun lalu iaitu RM1.5 juta.

Penerima, Aniza Laili Omar, 54, bersyukur apabila beliau dan suami, Suhaimy Abdul Kudus diberi peluang menerima bantuan itu biarpun agak lewat.

“Kami tidak kisah menerimanya lewat kerana apa yang penting adalah dapat menunaikan ibadah haji dalam keadaan sihat dan selamat pulang pada 1 Julai lalu.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memberikan insentif ini dan wajar diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619