BERITA UTAMA

Jelajah JobCare tawar 35,000 peluang kerja, diteruskan di Kuala Langat esok

8 Ogos 2024, 11:50 PM
Jelajah JobCare tawar 35,000 peluang kerja, diteruskan di Kuala Langat esok
Jelajah JobCare tawar 35,000 peluang kerja, diteruskan di Kuala Langat esok
Jelajah JobCare tawar 35,000 peluang kerja, diteruskan di Kuala Langat esok

SHAH ALAM, 9 OGOS: Kira-kira 35,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam Jelajah JobCare Selangor berlangsung di sembilan daerah, kata EXCO sumber manusia.

V Papparaidu berkata dua siri jelajah selesai diadakan di Hulu Selangor pada 29 Jun manakala Petaling Jaya (17 Julai).

Katanya, program diteruskan di Dewan Sri Jugra (Kuala Langat) esok, Dewan Perbandaran MPAJ, Hulu Langat (17 Ogos) dan Dewan Beringin Taman Seri Gombak (21 September).

Daerah lain, Dewan Hamzah Klang (5 Oktober), Dewan Dato’ Penggawa Permatang, Kuala Selangor (19 Oktober), Dewan Komuniti Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (16 November) dan Dewan Tun Razak, Sabak Bernam (14 Disember).

“Lebih 30 majikan terlibat dengan pelbagai jawatan dan bidang pekerjaan ditawarkan. Jadi bagi sesiapa yang mencari pekerjaan boleh datang ke jelajah ini,” katanya ditemui semalam.

[caption id="attachment_625627" align="alignleft" width="500"] EXCO Sumber Manusia V Papparaidu memaklumkan lebih 4,000 jawatan kosong ditawarkan di Karnival Jelajah JobCare Selangor di Dewan Hamzah, Klang pada 3 Februari 2024. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI[/caption]

Dalam pada itu katanya Kerajaan Negeri berhubung rapat dengan kesatuan pekerja kilang syarikat pengeluar tayar Goodyear susulan penutupan operasi berkuatkuasa 30 Jun bagi membantu pekerja mencari pekerjaan baharu.

“Setelah pertemuan dengan ketua kesatuan pada 26 Mac, dimaklumkan 316 pekerja terjejas susulan penutupan kilang itu.

“Jadi kita memang sentiasa kemas kini jadual jelajah JobCare dan mengalukan penyertaan pekerja yang terkesan untuk menghadiri program temu duga kerjaya,” katanya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Selangor untuk membantu pekerja kilang syarikat itu mencari pekerjaan baharu.

[caption id="attachment_524160" align="aligncenter" width="973"] Peserta menghadiri temu duga program Jelajah JobCare Selangor di Dewan Taman Gombak, Gombak 4 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619