AGENDA

Peluru berpandu jarak dekat berkepala peledak 7kg bunuh Haniyeh

3 Ogos 2024, 3:12 PM
Peluru berpandu jarak dekat berkepala peledak 7kg bunuh Haniyeh

TEHRAN, 3 OGOS: Ketua Biro Politik Pergerakan Hamas Palestin, Ismail Haniyeh dipercayai dibunuh menggunakan peluru berpandu jarak dekat dengan kepala peledak seberat kira-kira tujuh kilogram yang ditembak dari luar rumah tamu di Tehran, lapor Sputnik.

Haniyeh maut pada Rabu selepas beliau menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Masoud Pezeshkian.

Hamas telah menyalahkan Israel dan Amerika Syarikat atas kematian Haniyeh dan berjanji akan membalas dendam.

“Berdasarkan data siasatan, operasi pengganas ini dilakukan menggunakan peluru berpandu jarak dekat dengan kepala peledak seberat kira-kira tujuh kilogram dan letupan yang kuat, (ia ditembak) di luar kawasan rumah tamu," kata Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) pada Sabtu dalam satu kenyataan, dipetik oleh agensi berita Iran, IRNA.

IRGC juga mendakwa pembunuhan Haniyeh telah dirancang dan dilaksanakan oleh Israel dan disokong oleh Amerika Syarikat, sambil menambah bahawa kematian Ketua Biro Politik Hamas itu akan dibalas dengan "hukuman yang berat" dan pada "masa dan tempat yang sesuai."

-BERNAMA-SPUTNIK

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619