BERITA UTAMA

EXCO: Negeri peruntuk RM20 juta teruskan projek turap jalan mega tahun ini

1 Ogos 2024, 8:15 AM
EXCO: Negeri peruntuk RM20 juta teruskan projek turap jalan mega tahun ini
EXCO: Negeri peruntuk RM20 juta teruskan projek turap jalan mega tahun ini

SHAH ALAM, 1 OGOS: Projek Turapan Mega diteruskan tahun ini melibatkan peruntukan RM20 juta bagi memastikan jalan dalam keadaan baik sekali gus menjamin keselamatan pengguna.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata menerusi peruntukan tambahan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS), projek melibatkan semua laluan termasuk jalan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kampung.

“Sekarang kita buka permohonan bawah Jabatan Kerja Raya. Pusat khidmat, ketua kampung boleh membuat permohonan. Sebelum ini kita baiki ikut had daerah tapi kali ini kıta utamakan permohonan awal dan tahap kerosakan serius.

“Bermula tahun ini, projek mega akan dibuat secara tahunan. Ini lebih berkesan dan jalan hanya perlukan kos selenggara sahaja berbanding kita labur kos tinggi untuk laksana projek dalam tempoh empat atau lima tahun sekali,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis di Damansara semalam.

[caption id="attachment_627732" align="alignleft" width="500"] EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim bercakap kepada media selepas meninjau kerja mendalamkan dan pembersihan Sungai Klang di Zon 6, Alam Impian, Shah Alam pada 8 Februari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Tahun lalu, Kerajaan Selangor mengeluarkan belanja RM50 juta bagi projek turapan jalan raya secara mega meliputi penyelenggaraan dan pelebaran jalan untuk meningkatkan kemudahan penduduk dan dijalankan secara menyeluruh.

Meliputi jarak 94.9 kilometer, kerja penyelenggaraan itu melibatkan 66 jalan di Petaling diikuti Klang (39), Gombak (29), Hulu Langat (27), Sepang (19), Sabak Bernam (17), Kuala Langat (16), Kuala Selangor (11) dan Hulu Selangor (lapan).

Pemilihan jalan untuk kerja baik pulih itu berdasarkan aduan tertinggi daripada orang awam yang dilaporkan menerusi Twitter atau aplikasi Infrasel kendalian anak syarikat negeri, Infrasel Sdn Bhd (Infrasel).

Sejak 2021 hingga tahun lalu, lebih 39,000 kerja turapan jalan dilaksanakan Infrasel bagi memastikan keselesaan pengguna.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619