AGENDA

Amaran strok haba 38 wilayah Jepun, jangka suhu cecah 40 darjah Celsius

29 Jul 2024, 7:40 AM
Amaran strok haba 38 wilayah Jepun, jangka suhu cecah 40 darjah Celsius

TOKYO, 29 JULAI: Amaran strok haba dikeluarkan bagi 38 daripada 47 wilayah Jepun ketika gelombang haba luar biasa Isnin lalu mungkin menyebabkan suhu mencecah 40 darjah Celsius di beberapa kawasan, lapor Xinhua.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata sistem tekanan tinggi terus membawa cuaca panas terik terutamanya ke kawasan timur dan barat Jepun, dengan suhu dijangka mencecah 40 darjah Celsius di bandar Kumagaya, Kofu dan Hamamatsu.

Menurut JMA, suhu tinggi pada waktu siang dijangka mencecah 39 darjah Celsius di bandar Saitama, Maebashi, Kyoto dan Okayama, manakala 38 darjah Celsius diramalkan bagi Tokyo, Utsunomiya, Otsu dan Kochi.

Pegawai cuaca menggesa orang ramai supaya tidak teragak-agak menggunakan penyaman udara, kerap minum air dan mengambil garam, serta mengelakkan aktiviti luar yang tidak perlu dan bersenam.

- BERNAMA-XINHUA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619