AGENDA

26 kes strok haba dalam seminggu, cuaca kering beberapa hari

23 Jul 2024, 12:32 PM
26 kes strok haba dalam seminggu, cuaca kering beberapa hari

KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Jumlah kes kumulatif penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 112 kes setakat hari ini berbanding 109 kes pada 16 Julai lepas.

Menurut laporan ringkas status cuaca panas Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) hari ini, daripada jumlah itu, 26 kes adalah strok haba, 78 kes kelesuan haba dan lapan kes kejang haba.

Tiada kes kematian baharu dilaporkan pada minggu ini dengan jumlah kematian akibat strok haba kekal lima kes.

"Tiada kes yang dirawat di hospital pada masa ini. Semua kes lain telah mendapat rawatan dan sembuh," menurut Nadma.

Mengenai ramalan cuaca, dua siklon tropika pada kategori taufan dan ribut tropika sedang aktif di timur laut Filipina dan Laut China Selatan menyebabkan cuaca di rantau negara menjadi lebih kering dan kurang hujan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Menurut laporan itu, berdasarkan analisis model-model cuaca, keadaan dijangka kembali normal apabila dua siklon tropika itu melemah mulai 27 Julai.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619